Assalamu’alaikum wbt.
Sekalung ucapan tahniah dirakamkan kepada Penyelaras jQAF IPGKSM yang baharu iaitu al-Fadhil ustaz Abdul Aziz bin Mat Ail. Semoga pengurusan program jQAF akan lebih mantap pada masa hadapan, InsyaAllah.
Di kesempatan ini, saya selaku Penyelaras jQAF untuk tahun 2012 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam membantu melicinkan pengurusan jQAF untuk tahun 2012. Sebaliknya, saya memohon kemaafan sekiranya pada masa saya mengendalikan program ini, terdapat cacat cela dan kelemahan di mana-mana.
Semoga segala usaha yang tercurah akan direkodkan sebagai amal soleh di sisi Allah SWT.
Selamat tahun baru 2013.
Sekian, terima kasih semua. Assalamu’alaikum wbt.